Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Peminat Kelantan terus dekati piala (Sinar Harian Online)


KOTA BHARU – Selepas menjelajah Gua Musang dan Kok Lanas kelmarin, Piala Malaysia yang dijulang pasukan Kelantan buat pertama kali sejak 89 tahun, piala berprestij itu terus diarak bagi menemui peminat-peminat yang sentiasa memberikan sokongan penuh terhadap skuad The Red Warriors itu.

Pasar Raya Tesco menjadi tumpuan ribuan peminat yang ingin melihat dengan lebih dekat lagi piala yang dimenangi The Red Warriors selepas menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Selain melihat piala dengan lebih dekat, peminat-peminat juga tidak mahu ketinggalan untuk mendekati pemain-pemain yang berjaya membawa piala itu ke bumi Cik Siti Wan Kembang buat pertama kalinya.

Pengurus Besar Tesco, Mohana Sundaram yang bekerjasama bersama-sama beberapa pihak lain berkata, penganjuran ini khusus bagi pengunjung melihat sendiri piala di samping meraikan kejayaan pasukan Kelantan.

“Pengunjung boleh melihat piala ini dengan lebih dekat di samping berpeluang untuk bergambar dan mendapatkan tandatangan pemain,” katanya.

Selepas berada di Pasar Raya Tesco, pusat membeli-belah KB Mall menjadi lokasi persinggahan kedua agar peminat di sana juga berpeluang mendekati piala dan pemain-pemain.

Pemain-pemain Kelantan turut hadir menyerikan program namun tanpa kehadiran beberapa pemain utama terdiri daripada Norshahrul Idlan Talaha, penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan S Chanturu yang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan bagi menghadapi Sukan Asia di Guangzhou, China.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...