Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Pemain utama Perlis diintai pasukan lain (Harian Metro Online)

Oleh Kamudin Baharom

BIARPUN prestasi Perlis pada kempen musim ini tidak begitu menyerlah namun kebelakangan ini beberapa pemain utama dilapor diburu pasukan tertentu bagi menguatkan cabaran menghadapi kempen Liga M 2011.

Menurut sumber, usaha itu semakin giat selepas Perlis tersingkir di suku akhir kempen Piala Malaysia, awal bulan ini.

Pasukan itu dikatakan begitu berminat mendapatkan khidmat pemain terbabit yang didakwa memiliki kriteria diperlukan dan mampu menyumbang kepada usaha memantapkan keupayaan dan keberkesanan pasukan.

“Pemain yang cuba dipancing terdiri daripada kalangan barisan muda yang menunjukkan prestasi memberangsangkan sepanjang kempen Liga M lalu,” kata sumber itu tanpa mahu mendedahkan nama pemain terbabit.

Pasukan terbabit didakwa bersedia menawarkan beberapa keistimewaan termasuk bayaran gaji lebih tinggi berbanding diterima ketika menyarung jersi Perlis.

“Bagaimanapun, pemain terbabit tidak mahu terburu-buru, mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk meninggalkan skuad Singa Utara atau melakukan langkah berani menyertai pasukan baru pada kempen musim depan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemain diburu beberapa pasukan dikategorikan sebagai elit dalam saingan Liga M itu beraksi di posisi pertahanan, tengah dan bahagian serangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...