Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, November 2, 2010

Paul Si Sotong Peramal

Perginya Paul (Utusan Malaysia Online)


mula mendapat perhatian selepas membuat ramalan dengan tepat melibatkan perlawanan Jerman dalam saingan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


SEBELUM pemasyhuran Sepanyol sebagai juara Piala Dunia beberapa bulan lalu, sotong kurita yang diberi nama Paul telah mendapat perhatian awal dari seluruh peminat bola sepak dunia.

Paul yang dipelihara di akuarium Sea Life Centredi Oberhausen, Jerman, mula mendapat tumpuan ramai setelah dikatakan mempunyai 'kepandaian' untuk membuat tilikan tepat.

Sotong yang berasal dari Weymouth, England itu mencipta rekod bersih ramalan benar belaka terhadap lapan perlawanan di Afrika Selatan, Julai lalu, termasuklah kemuncak tilikan iaitu kemenangan Sepanyol.

Kini, semuanya tinggal kenangan dan tiada lagi episod ramalan Piala Dunia Paul empat tahun lagi. Sotong berusia dua tahun setengah itu ditemui mati di akuarium peliharaannya minggu lalu.

"Pihak pengurusan dan kakitangan di Pusat Hidupan Laut Oberhausen sedih selepas mendapati haiwan yang terkenal dengan ramalan tepatnya semasa Piala Dunia lalu itu, mati malam tadi.

"Paul mengagumkan dunia apabila berjaya meramal tepat pemenang perlawanan melibatkan pasukan Jerman, begitu juga dengan keputusan perlawanan akhir. Kejayaannya merupakan cerita yang lebih besar daripada Piala Dunia itu sendiri," kata pengurus pusat hidupan laut itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Seperti mana ketikanya hidup, kematian Paul turut dirasai ramai. Malah ada di antara mereka yang terlalu taksub dengan 'keajaiban' sotong kurita itu menangisi dan bersedih dengan berita tersebut.

Namun ada juga yang sempat berjenaka dengan mendakwa, Paul sudah cukup matang untuk dijadikan lauk yang cukup menyelerakan.

"Paul mungkin dimasak dengan cara masakan Galicia. Bayangkan berapa harga sepinggan untuk merasa sotong kurita istimewa itu," tulis seorang blogger, Jordi sejurus kematian Paul.

Namun begitu, ketika kehilangan Paul masih diratapi sebilangan peminat fanatiknya itu, dunia kini mula mencari sumber baru terhadap mana-mana haiwan yang dikatakan mempunyai kuasa seperti itu.

Ada yang mengatakan, seekor burung bayan yang diberi nama Mani di Singapura dan Lorenzo, si kakak tua di Hannover, Jerman, serta Dirty Harry, seekor buaya air masin di Australia begitu berpotensi.

Namun paling hangat dan terbaru adalah seekor sotong kurita yang turut diberi nama Paul di Perancis, telah diperkatakan mampu untuk menyambung legasi tersebut.

Namun bagi masyarakat Islam khususnya di Malaysia, mempunyai kepercayaan sebegini sebenarnya adalah khurafat. Oleh itu, tepuk dada, tanyalah selera masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...