Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Pafa mahu kaji kontrak pemain (Harian Metro Online)

Oleh Azizan Hashim

PERSATUAN Bola Sepak Perak (Pafa) akan mengkaji kontrak pemainnya bagi memastikan wujud situasi menang-menang antara pemain dengan persatuan itu berikutan perjanjian semasa ada yang lebih menguntungkan hanya satu pihak.

Presidennya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (gambar) berkata, tindakan itu diambil memandangkan terdapat ketidakseimbangan dalam perjanjian hingga menyebabkan Pafa kerugian.

“Terdapat kepincangan dalam perjanjian dengan pemain menyebabkan Pafa tiada kuasa bertindak terhadap sebarang salah laku pemain. “Andai tindakan diambil ia nyata tidak setimpal dengan kesalahan. Justeru sudah tiba masanya kepincangan ini diperbaiki. “Sehubungan itu peguam persatuan sedang meneliti dan mengkaji kandungan perjanjian agar dapat diperbaiki,” katanya.

Zainol berkata, Pafa juga bercadang memperkenalkan skim insentif baru dalam usaha menyemarak persaingan dalam pasukan Liga Supernya untuk musim baru.


“Kami akan memperkenalkan dua skim bonus iaitu insentif untuk pemain yang berada dalam senarai 18 pemain serta kesebelasan utama.

“Pemain yang berjaya mendapat tempat dalam senarai 18 pemain akan menerima insentif khas. Manakala yang berjaya berada dalam kesebelasan permulaan akan diberi insentif lain pula.

“Dengan cara ini akan wujud persaingan di kalangan pemain untuk merebut tempat dalam pasukan sekali gus mengelak pemain bersikap acuh tak acuh serta berpuas hati dengan keadaan,” katanya.

Selain itu Pafa sudah mengenal pasti pemain yang akan digunakan untuk musim hadapan serta mengadakan perbincangan dengan mereka.

Nama pemain terbabit sudah dipamerkan untuk tatapan jurulatih pasukan, Norizan Bakar dalam sesi latihan agar pengendali itu mendapat gambaran aset yang dimilikinya.

“Pada dasarnya pemain terbabit sudah mengetahui status mereka. Kini cuba tinggal untuk memeterai perjanjian yang akan dilakukan dalam tempoh terdekat memandangkan ada pemain yang tamat kontrak pada akhir bulan Oktober,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...