Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, November 9, 2010

Norshahrul kekal fokus (Harian Metro Online)

NORSHAHRUL Idlan Talaha membawa reputasi hebat ke Sukan Asia Guangzhou selepas memenangi dua anugerah tertinggi bola sepak Malaysia iaitu Pemain Paling Bernilai dan Penyerang Terbaik Liga M.

Ia sebenarnya beban berat bagi anggota skuad emas Skuad Sea Laos itu kerana pentas Sukan Asia jauh tarafnya dengan Sukan Sea.

“Ia ujian buat saya dan tentunya penilaian anugerah apakah saya sebenarnya layak menerimanya. “Namun ia tidak pula menjejaskan tumpuan saya kerana skuad negara menerapkan permainan berpasukan lebih kepada individu, berbanding ketika saya menyarung jersi Kelantan,” jelasnya.

Menurut Norshahrul, dia sudah lama berada dalam skuad K Rajagobal, malah tahu jurulatih itu mengutamakan disiplin tinggi dan kerja berpasukan.


“Tidak ada bintang dalam skuad beliau dan setiap pemain adalah sama. Inilah yang membentuk gabungan dalam pasukan ini,” katanya.

Apapun penjaring tiga gol ketika Malaysia memenangi pingat emas di Laos itu mahu membuktikan dia layak menyandang anugerah berganda itu.

Tanpa Baddrol Bakhtiar dan Zakuan Adha Abd Radzak, Norshahrul pasti bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani memburu jaringan.

“Saya tiada masalah berpasangan dengan Fakri kerana dia juga anggota skuad Sukan Sea Laos. Kami memahami gerakan masing-masing. Ia bukan satu masalah,” tegasnya.

Berdepan Kyrgyzstan pada perlawanan pertama Malaysia esok, penyerang berusia 24 tahun itu mengharapkan kerjasama padu setiap pemain.

“Kami tidak pernah berdepan Kyrgyzstan dan tidak tahu corak permainan mereka. Namun kata jurulatih persembahan mereka mirip gaya Uzbekistan dan Kazakhstan. Ini bermakna mereka bukan calang-calang pasukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...