Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Norshahrul curi tumpuan (Harian Metro Online)

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KEJAYAAN memenangi Piala Malaysia Sabtu lalu nyata membawa tuah kepada Kelantan apabila pemain dan jurulatih skuad The Red Warriors itu mendominasi lima daripada 10 kategori pada Anugerah Kebangsaan 100PLUS-Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2010, semalam.

Paling mencuri tumpuan adalah Norshahrul Idlan Talaha yang dipilih pemain paling bernilai dan penyerang terbaik selain rakan sepasukannya, Khairul Fahmi Che Mat yang dipilih pemain muda terbaik serta penjaga gol terbaik.

Menurut Norshahrul dan Khairul Fahmi, pemilihan itu penghargaan kepada mereka yang mempamerkan aksi terbaik sepanjang saingan Liga Malaysia musim ini selain pembakar semangat untuk berjuang di Sukan Asia di Gaungzhou, China pada awal bulan depan. Jurulatih skuad gergasi pantai timur itu, B Sathianathan turut membuktikan dia adalah yang terbaik di negara ini apabila dipilih mengungguli kategori itu jurulatih dengan menewaskan empat calon yang lain iaitu K Devan (Selangor), Ahmad Yusof (Kedah), E Elavarasan (Felda United) dan Gary Philip dari Sabah.

Pada musim ini, bekas pengendali skuad kebangsaan itu membimbing Kelantan menjulang Piala Malaysia untuk kali pertama di dalam tempoh 89 tahun serta muncul naib juara Liga Super pada musim ini.

“Saya gembira kerana memenangi anugerah ini dengan sokongan penuh daripada keluarga dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terutamanya presiden, Tan Sri Annuar Musa selama ini.


“Saya fikir layak memenangi anugerah ini namun tetap sedar masih ramai jurulatih yang baik dalam saingan bola sepak tempatan,” katanya yang memenangi trofi dan hadiah wang tunai RM500 semalam.

Menurutnya lagi untuk melatih pasukan seperti Kelantan bukanlah satu perkara mudah kerana terlalu banyak tekanan untuk mencapai kejayaan.

Mengenai masa depannya pula, Sathianathan menjelaskan dia masih lagi menunggu keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM yang masih belum bermesyuarat berhubung dengan hukuman penggantungannya selama enam bulan.

Kedah pula membawa pulang dua anugerah melalui pemain tengah terbaik yang dimenangi Baddrol Bakhtiar serta kelab penyokong terbaik selain tonggak pertahanan Negeri Sembilan dan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dipilih sebagai pemain pertahanan terbaik.

Para pemenang anugerah yang diadakan untuk kali ketiga itu dipilih berdasarkan undian oleh persatuan bola sepak negeri, jurulatih, penolong jurulatih dan ketua jurulatih kebangsaan, K Rajagobal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...