Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, November 7, 2010

Malam santapan The Red Warriors (Kosmo Online)

PIALA Malaysia yang diarak bertemu peminat di seki- tar bandar Kota Bharu beberapa hari lalu akan dipersembahkan kepada Sultan Muhammad V pada majlis santapan Malam The Red Warriors malam ini, lapor YATIMIN ABDULLAH.

Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Wan Badri Wan Omar berkata, Sultan Muhammad V telah berkenan untuk mencemar duli menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu malam ini.

“Persembahan trofi Piala Malaysia kepada Tuanku Sultan akan diketuai oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa serta pemain skuad Kelantan.

“Selain itu, persembahan ini juga akan diserikan lagi dengan iringan tujuh orang ‘hulubalang’ yang akan berpakaian tradisional Kelantan,” katanya.

Tambahnya, iringan oleh tujuh orang ‘hulubalang’ ini bertujuan menandakan kemegahan rakyat Kelantan ter- hadap piala tersebut.

“Piala ini cukup bermakna buat rakyat Kelantan. Ini merupakan kali pertama ia dibawa pulang ke Kota Bharu.

“Kejayaan ini sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun untuk melihat Kelantan menjadi juara sejak ia mula diperkenalkan pada 1921,” ujarnya.

Wan Badri memberitahu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muham-mad Faiz Petra.

“Ia juga akan dihadiri oleh barisan pimpinan kerajaan negeri, ketua jabatan kerajaan, ahli majlis KAFA, persatuan bola sepak jajahan, penaja serta kelab penyokong,” jelasnya.

Katanya, semua pemain akan menghadiri majlis tersebut kecuali tiga pemain yang sedang mempunyai tugas bersama skuad kebangsaan di Sukan Asia.

“Tiga pemain tersebut ialah penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha; penjaga gol, Mohd. Khirul Fahmi Che Mat dan pemain sayap, S. Chanturu.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena