Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Kelantan dominasi Anugerah Bola Sepak FAM (Utusan Malaysia Online)

02/11/2010 5:00pm

PETALING JAYA 2 Nov. - Reputasi juara Piala Malaysia musim ini, Kelantan sebagai kuasa baru bola sepak tanah air semakin kukuh apabila mendominasi empat daripada sembilan kategori Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2010 100Plus-FAM.

Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha paling mencuri tumpuan selepas dinobatkan Pemain Paling Bernilai 2010 selain turut merangkul penyerang terbaik menewaskan pencabar terdekat yang merupakan penjaring gol terbanyak Liga Super, Mohamad Ashaari Samsudin dari Terengganu.

Anak jati Besut, Terengganu itu berjaya meraih RM 3,000 selaku Pemain Paling Bernilai dan RM500 untuk kategori penyerang terbaik selain menerima trofi daripada 100Plus selaku penaja utama.

Selain Norshahrul, Kelantan turut berbangga apabila penjaga golnya, Khairul Fahmi Che Mat diangkat sebagai pemenang dalam dua kategori iaitu penjaga gol terbaik dan pemain muda terbaik.

Mastermind Kelantan, B. Sathianathan melengkapkan penguasaan skuad The Red Warriors selepas dinobatkan sebagai jurulatih terbaik mengatasi K. Devan, E. Elavarasan, Gary Phillip dan Ahmad Yusoff.

Hadiah disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, Pengarah Urusan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd, James Teo dan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Hamidin Mohd.Amin. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...