Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, November 6, 2010

Kedah lepas geram (Harian Metro Online)

Oleh Azizan Hashim

KEDAH memberi amaran awal terhadap cabarannya dalam dalam kumpulan C Kejohanan Bola Sepak Piala Emas Raja-raja apabila membenam Selangor 4-1 di Stadium Perak, petang semalam.

Mempamer corak bertenaga pasukan muda Hijau Kuning memperkotak katikkan lawan untuk meluru ke hadapan dengan tiga jaringan dalam tempoh setengah jam perlawanan berlangsung.

Kehadiran bintang-bintang Liga Super merah kuning, Khairul Anuar Baharom (gambar), Rudie Ramli dan Mohd Hardi Jaafar sedikitpun tidak menggugat keyakinan skuad kenari yang dijangka akan mengungguli kumpulan yang turut mempunyai Melaka serta tuan rumah, Perak itu.

Kedah hanya mengambil masa enam minit merobek kubu Selangor melalui Mohd Fairus Hashim yang mudah memperdaya penjaga gawang lawan, Mohd Azrul Hafiz Mohd Amran.

Wan Mohd Asraf Wan Ali kemudian melbarkan kedudukan Kedah pada m.20 diikuti jaringan Abdullah Yusoff 10 minit kemudian.

Selangor bagaimanapun merapatkan jurang mlelalui Mohd Khalid Jamlus pada m-44 tetapi ia tidak mencukupi untuk mengubah kedudukan Selangor yang terus merana apabila Muhd Fiqri Md Isa menyumbat gol keempat Kedah pada m-65.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena