Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, November 26, 2010

Jepun juara baru bola sepak Sukan Asia (Kosmo Online)

JEPUN mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas buat julung-julung kali dalam acara bola sepak lelaki.

Jepun muncul juara selepas membenam Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 1-0 pada aksi final di Stadium Tianhe, Guangzhou.

Lebih membanggakan, kejayaan tersebut juga telah membolehkan Jepun meraih gela- ran berganda setelah skuad wanita mereka turut muncul juara selepas menewaskan Korea Utara 1-0.

Pada aksi semalam, tonggak pertahanan, Yuki Saneto muncul wira Jepun apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-74.

Jaringan tersebut sekali gus membuka lembaran baru buat Jepun selepas skuad yang diberi jolokan The Samurai itu meraih pingat perak pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan.

Pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat, pingat gangsa menjadi milik Korea Selatan yang mencatatkan kemenangan 4-3 ke atas Iran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...