Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 15, 2010

'Jangan salah faham, saya tidak politikkan sukan' (Kosmo Online)




PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar) menafikan dakwaan kononnya beliau telah mempolitikkan kemenangan Kelantan yang berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia.

Sambil itu, beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai salah faham dan soal hendak mempolitikkan sukan tidak timbul kerana kedua-dua parti mempunyai pandangan masing-masing.

"Saya tidak membuat keputusan berdasarkan parti dan saya minta maaf jika ada pihak yang berkecil hati dan salah faham," katanya.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelan- tan yang berakhir kelmarin salah seorang anggota Exco kerajaan negeri telah membangkitkan isu tersebut sebagai tidak wajar ia dijadi- kan pentas UMNO memandangkan sukan adalah milik rakyat sepenuhnya.

Mengulas lanjut, Annuar menjelaskan bahawa ketika ini Piala Malaysia itu diarak ke seluruh negeri bagi membuktikan sukan tersebut adalah untuk semua dan berharap kerajaan negeri perlu memahaminya.

"Kalau tidak puas hati kita boleh berbincang. Sukan tidak harus dipolitikkan. Saya menjalankan tugas seba- gai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)," kata Annuar.

Annuar ditemui ketika melawat keluarga Allahyarham Che Karma Sulaiman, 39, di Kampung Sungai Dua, dekat Kota Bharu yang meninggal dunia akibat sesak nafas selepas menyaksikan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam pada 12 Oktober lalu.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataannya yang seolah-olah membayangkan untuk melepaskan jawatan seperti mana dilaporkan baru-baru ini, Anuuar berkata: "Saya bukan Superman, dan saya bukanlah segala-galanya untuk KAFA. Jawatan itu terbuka kepada semua."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena