Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 1, 2010

Jamak tetap bangga aksi pemain (Sinar Harian Online)



JURULATIH skuad Jang, Wan Jamak Wan Hassan tetap berbangga dengan pasukannya walaupun tewas 1-2 kepada Kelantan pada aksi final Piala Malaysia sambil memuji sikap penyokong setia Hobin Jang Hobin.

Pasukan Jang bermain cemerlang selepas mendapat gol pendahuluan sehinggalah kecederaan Aidil Zafuan yang terpaksa dikeluarkan pada babak kedua.

“Kehilangan Aidil Zafuan sedikit menjejaskan rentak permainan pasukan dan pihak perubatan belum lagi mengesahkan tahap kecederaan beliau.

“Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada penyokong Negeri Sembilan kerana semangat yang dipamerkan sepanjang perlawanan,” katanya.

Wan Jamak turut berbangga dengan pasukannya yang rata-rata terdiri daripada anak jati Negeri Sembilan seperti yang diinginkan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Ketika ini, hampir 90 peratus pemain Negeri Sembilan terdiri daripada pemain tempatan.

“Di bawah kendalian saya, nama seperti Shahurain Abu Samah dan S Kunanlan semakin dikenali.

Saya juga berjaya membentuk pemain muda seperti Abdul Halim Zainal, Qhairul Anuar Roslani, Mohd Alif Samsudin dan Tengku Qayyum Ubaidillah,” katanya.

Pencapaian terbaik Negeri Sembilan musim 2010 adalah merangkul Piala FA menewaskan Kedah dan menamatkan kempen Liga Super di tempat keenam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...