Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, November 5, 2010

Harimau Muda A antara pasukan Liga Super 2011 (Sinar Harian Online)


SKUAD Harimau Muda A antara 14 pasukan bola sepak negeri dan kelab yang mengesahkan bersaing dalam Liga Super tahun depan.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, penyertaan Harimau Muda A menggantikan pasukan kelab dari Lembah Klang iaitu KL Plus yang menarik diri daripada pertandingan Liga 2011 itu.

Pasukan bertanding akan dipastikan bebas daripada semua hutang dan mendapat pelepasan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan ketiga di Wisma FAM, semalam.

Ia adalah liga elit Malaysia menawarkan hadiah RM500,000 bagi juara, naib juara RM300,000 dan ketiga, RM150,000.

Sementara itu, Hamidin berkata, tarikh perlawanan Piala Sumbangsih antara Selangor dan Kelantan yang merupakan juara Piala Malaysia akan diumumkan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 26 November.

“Kita jangka perlawanan tersebut akan dilaksana pada awal Januari depan, di mana pasukan Selangor akan menjadi tuan rumah,” katanya. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...