Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

FAM rancang Liga Super lebih berprestij pada 2012 (Utusan Malaysia Online)

02/11/2010 7:12pm

PETALING JAYA 2 Nov. - Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) sedang merangka cadangan untuk meningkatkan mutu penganjuran Liga Malaysia khususnya Liga Super pada 2012 untuk menjadikan ia lebih berprestij dan mampu menyaingi liga-liga bola sepak utama rantau ini.

Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihak pengurusan dan anggota jawatankuasa FAM akan membuat suatu pertimbangan yang teliti dan mendalam bagi melihat corak sebenar Liga Super, untuk memantapkan saingan liga itu mulai tahun 2012.

Beliau berkata, 16 pasukan yang bersaing dalam Liga Super tahun depan tidak semestinya masih berhak bersaing dalam tahun 2012 sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

"Tidak juga bermakna yang dua pasukan terbawah akan turun (ke Liga Perdana) dan dua pasukan teratas Liga Perdana akan naik ke Liga Super seperti sebelum ini,” ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Bola sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010 di sini, hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena