Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 4, 2010

Dominasi Kelantan (Sinar Harian Online)


SELEPAS melakar kejayaan paling gemilang dalam arena bola sepak Kelantan, juara Piala Malaysia 2010 membolot lima anugerah utama pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM, semalam.

Penyerang utama The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha bukan sahaja memenangi Penyerang Terbaik, bahkan turut dinobat Pemain Paling Bernilai.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang karier saya selama ini meskipun masih berasa baru dalam arena ini.

“Saya berharap diberi peluang beraksi di Sukan Asia Gungzhou minggu hadapan dan Piala AFF Suzuki bulan depan,” katanya.

Menerusi kemenangan ini, Shahrul membawa pulang dua trofi dan wang tunai RM3,500.

Manakala penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, 21 meraih dua anugerah iaitu Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

“Saya tidak jangka menerima dua anugerah ini, jika dilihat semua lima calon lain lebih berpengalaman,” katanya.

Kegemilangan Kelantan diteruskan apabila jurulatihnya, B Sathianathan diumumkan Jurulatih Terbaik selepas kejayaannya membimbing The Red Warriors untuk muncul naib juara Liga Super di samping menjuarai Piala Malaysia pada Sabtu lalu.

Kategori lain menyaksikan pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan :Abdul Radzak: memenangi anugerah Pemain Pertahanan Terbaik dan Baddrol Bakhtiar (Kedah – Pemain Tengah Terbaik).

Juara Liga Super, Selangor pula meraih anugerah Persatuan Bola Sepak Terbaik (FA) sementara Johor FC menang kategori Kelab Bola Sepak Terbaik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...