Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 1, 2010

Disiplin nadi kejayaan Kijang (Sinar Harian Online)


KETUA jurulatih Kelantan, B Sathianathan menyifatkan asas disiplin adalah nadi kejayaan pasukan The Red Warriors untuk menjulang Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah penyertaaan sejak ia diperkenalkan pada 1921.

Pada aksi final penuh mendebarkan antara kedua-dua pasukan, barisan kendaliannya mudah menewaskan Negeri Sembilan, 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, meskipun Negeri Sembilan mendominasikan awal perlawanan, kelmarin.

“Pertama kali, saya mengucapkan tahniah kepada pemain yang bermain cukup baik sepanjang perlawanan.

“Ingin saya katakan, disiplin adalah kunci kejayaan pasukan Kelantan. Saya berjaya membentuk sikap pemain supaya lebih berdisiplin dan mengubah tanggapan peminat bola sepak tempatan mengenai pasukan Kelantan,” katanya.

Bekas pengendali pasukan kebangsaan itu juga menjelaskan corak permainan pemain Red Warriors semakin meningkat dan berjaya mengekalkan disiplin sepanjang tahun ini.

“Sejak membimbing Kelantan tahun lalu, banyak peningkatan yang dilalui pasukan Kelantan. Lebih membanggakan, hanya dua kad merah diterima pemain berbanding tahun lalu.

“Saya akui, kita ketinggalan satu gol namun saya tekankan kepada mereka supaya jangan mengalah dan terus berlawan sebelum tiupan wisel terakhir.

“Hasilnya, kami berjaya bangkit dan menjaringkan dua gol untuk memenangi Piala Malaysia buat kali pertama,” katanya.

Sathianathan muncul jurulatih pertama Kelantan yang berjaya menamatkan penantian 89 tahun yang ketika itu dikenali dengan nama Piala HMS Malaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...