Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, November 9, 2010

Che Mat kekal terajui bola sepak Terengganu (Utusan Malaysia Online)

KUALA TERENGGANU - Datuk Che Mat Jusoh menang tanpa bertanding, sekali gus kekal sebagai Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) pada Kongres 2010-2014 persatuan itu di sini, semalam.

Turut menang tanpa bertanding membabitkan jawatan Timbalan serta Naib Yang Dipertua.

Jawatan Timbalan Yang Dipertua kini disandang oleh Datuk Mazlan Ngah, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu dan Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh Datuk Yahya Hashim, yang memilih untuk berundur setelah lebih 30 tahun berkhidmat dengan persatuan itu.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, ia kini diisi oleh Datuk Mokhtar Nong, Datuk Md. Razali Kassim, Marzuki Sulong dan Wan Ahmad Nizam Wan Hamid.

Sementara, Abdullah Saleh pula yang sebelum ini dilantik sebagai Setiausaha persatuan berkenaan masih kekal dengan jawatan itu.

Kongres itu berlangsung di Dewan Besar Wisma Seri Amar di sini yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.

Dalam pada itu, Che Mat berkata, beliau yakin PBSNT akan terus bergerak lebih aktif hasil gandingan mantap kepimpinan baru yang terdiri dari ahli politik serta ahli perniagaan.

Beliau turut memberi jaminan untuk bersedia memberi khidmat terbaik dalam menerajui PBSNT bagi memastikan sukan bola sepak Terengganu terus berkembang maju.

"Saya yakin, ini adalah gandingan yang baik dan kita bersedia untuk berkhidmat dalam memantapkan lagi PBSNT," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena