Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 11, 2010

Annuar perlu terus terajui Kafa (Harian Metro Online)

Oleh Ismail Muhamad

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa (gambar) perlu kekal memimpin persatuan itu bagi meneruskan kejayaan kepada pembangunan bola sepak tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, Annuar tidak harus melepaskan jawatan selepas kejayaannya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia sejak sekian lama.

“Bagi saya, kepimpinan Annuar masih ditagih Kafa dan seluruh peminat bola sepak negeri itu selepas berjaya membawa kejayaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.

“Secara peribadi saya minta Annuar tidak melepaskan jawatan kerana banyak lagi perlu dilakukan untuk pasukan bola sepak negeri ini dan saya sentiasa memberikan bantuan dan galakan kepada beliau dan Kafa untuk membangunkan sukan ini ke peringkat lebih jauh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat Annuar melepaskan jawatan Presiden Kafa bagi memberi laluan kepada muka baru untuk memimpin persatuan itu.

Bagaimanapun, Abdul Fattah berkata, terserah kepada Annuar membuat keputusan kerana ketika ini beliau sudah berjaya membawa pasukan The Red Warrior’s menjuarai Piala Malaysia 2010.

“Sebagai kerajaan negeri, kami sentiasa bantu Kafa, malah bersetuju beri insentif wang tunai bagi menghargai kejayaan pasukan.

“Jumlah insentif wang tunai yang akan dibayar kepada pemain kerana menjuarai Piala Malaysia akan diumum Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas kembali menunaikan haji,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...