Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, November 11, 2010

Annuar diminta tidak lepas jawatan presiden (Sinar Harian Online)


KERAJAAN Kelantan meminta Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa tidak melepaskan jawatannya itu demi kebaikan bola sepak negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Ab Fattah Mahmood berkata, kepimpinan Annuar masih diperlukan Kafa dan seluruh peminat bola sepak negeri itu selepas berjaya membawa kejayaan kepada Kelantan.

“Saya secara peribadi meminta Tan Sri Annuar (Musa) tidak melepaskan jawatannya kerana banyak lagi yang perlu dilakukan beliau untuk kejayaan pasukan bola sepak.

“Kami di peringkat negeri sentiasa memberikan bantuan dan galakan kepada Tan Sri (Annuar) dan Kafa untuk membangunkan sukan ini ke peringkat yang lebih jauh lagi,” katanya.

Annuar dalam reaksinya selepas Kelantan muncul juara Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan mencadangkan untuk melepaskan jawatan di Kafa bagi membolehkan beliau menjalankan tanggungjawabnya yang lebih mencabar sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Mengulas mengenai ara-han FAM yang meminta agar Kerajaan Negeri menaik taraf Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Ab Fattah memberi jaminan perkara itu akan diselesaikan dalam tempoh dua bulan lagi.

“Kita akan ambil perhatian arahan FAM itu dan dalam tempoh dua bulan ini iaitu ketika stadium tidak digunakan ketika tengkujuh, stadium ini insya-Allah akan berubah wajah,” katanya.

Annuar sebelum ini juga meminta Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan menaik taraf stadium berkenaan yang begitu daif bagi membolehkan perlawanan peringkat kebangsaan seperti Piala Malaysia dapat diadakan.

Menyentuh mengenai insentif wang tunai yang akan dibayar kepada pemain Kelantan yang menjuarai Piala Malaysia, Ab Fattah berkata, perkara itu akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas kembali daripada menunaikan haji tidak lama lagi. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...