Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 19, 2010

Wan Jamak cari resipi terbaik (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Enggan menjadikan alasan serangan tumpul, jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan tetap mencari resipi terbaik untuk mencari kelebihan pada pertemuan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor FC, Rabu ini.

Ketiadaan tonggak penyerang, Mohd. Zaquan Adha Abd. Radzak akibat kecederaan lutut tidak dijadikan isu sebaliknya, dia menuntut usaha yang lebih daripada pemain dalam aksi di peringkat ini.

"Situasi permainan di peringkat ini tentu sekali berbeza kerana kedua-dua pasukan mencari peluang untuk mendapat kelebihan.

"Walaupun kami hadir tanpa Zaquan, ia tidak menjadi masalah kerana pengubahsuaian ketika menentang Perlis kelmarin tidak memberi masalah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Saingan suku akhir kelmarin menyaksikan penyandang juara itu membenam Singa Utara, 3-1 di Stadium Utama untuk layak ke saingan separuh akhir dengan agregat 4-1.

Ketiadaan Zaquan sepanjang tahun ini, menyebabkan Wan Jamak terpaksa melakukan rombakan dengan memasukkan Shahurain Abu Samah sebagai penyerang utama.

Langkahnya itu dilihat memberi kelebihan kepada lawan, bagaimanapun Wan Jamak optimis dan berkata, prestasi bahagian penyerang akan ditajamkan menjelang perlawanan menentang Johor FC.

"Ini antara kelemahan yang perlu diberi perhatian, namun bahagian pertahanan turut diberi tumpuan walaupun kombinasi Aidil Zafuan dan Shukor Adan dilihat kental di sini," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Wan Jamak tidak memandang rendah terhadap kemampuan skuad bimbingan Azuan Zain apatah lagi Johor FC dianggap sebagai antara kelab bola sepak paling kukuh negara ketika ini.

"Itu mungkin menjadi kelebihan mereka kerana sebelum ini belum terdapat tanda-tanda kelab ini melalui satu fasa kelam, sebaliknya terus menarik ramai pemain terbaik untuk menyertai mereka.

"Oleh itu, kita tidak akan memandang mudah pada perlawanan ini dan tidak juga terlalu yakin, kerana apa sahaja boleh terjadi," ujarnya.

Mengulas tentang pertarungan suku akhir, Sabtu lalu, Wan Jamak menyifatkan komitmen pemain membuka peluang untuk terus menyalakan impian mempertahankan kejuaraan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...