Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Tidak rela kecewa lagi (Harian Metro Online)

JURULATIH Kelantan, B Sathianathan melaungkan amaran kepada Negeri Sembilan dengan menyifatkan pasukan The Red Warriors itu kini lebih bersedia selepas kecundang pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berkata, mereka memperoleh pelajaran berguna apabila kecundang kepada Negeri Sembilan yang dibimbing jurulatih Wan Jamak Wan Hassan ketika tewas 3-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.

“Sebenarnya pasukan Kelantan pada musim lalu tidak dijangka layak ke perlawanan akhir dan saya harap mereka mempamerkan apa yang sudah dipelajari daripada tahun lalu bagi mempamerkan persembahan lebih mantap.

“Malah, pemain Kelantan kini lebih berpengalaman beraksi di perlawanan akhir berbanding tahun lalu yang menampilkan ramai muka baru dan pertama kali beraksi di pentas akhir kejohanan berprestij itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Sathianathan turut mengakui sedikit tuah diperlukan untuk memenangi Piala Malaysia kerana skuad Rusa adalah pasukan yang sukar dikalahkan.

Beliau turut menegaskan, Negeri Sembilan tidak kekurangan penyerang berkebolehan walaupun ketiadaan penyerang kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak yang cedera kerana ramai lagi pemain skuad itu boleh menjaringkan gol sehingga berjaya mara ke peringkat akhir untuk mempertahankan kejuaraan.

“Pemain seperti Shukor Adan dan Aidil Zafuan serta pemain lain mampu untuk meledak gol pada bila-bila masa saja,” jelasnya.

Mengenai persiapan pasukan, Sathianathan berkata, dua tonggak pertahanan Azizi Mat Rose dan S Subramaniam tidak akan beraksi pada final selepas tercedera pada separuh akhir pertama minggu lalu ketika menentang Kedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...