Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 17, 2010

Singapura robek Selangor 6-0 (Utusan Malaysia)


SHAH ALAM - Sehari selepas tersingkir pada suku akhir Piala Malaysia, peminat Merah Kuning dikecewakan pula dengan kekalahan besar 0-6 skuad Pilihan Selangor kepada Pilihan Singapura dalam perlawanan Piala Sultan Selangor Edisi ke-9 di Stadium Shah Alam, semalam.

Kekalahan tersebut menambah luka Selangor yang turut kalah dalam edisi kelapan kejohanan di Stadium Jalan Besar, Singapura tahun lalu. Malah, ia mengecewakan lagi peminat mereka selepas menyaksikan pasukan itu tersungkur 3-0 kepada Kelantan pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia kelmarin.

Kehadiran hampir 60,000 yang berbaju serba Merah dan Kuning, masih gagal membantu tuan rumah mencari kemenangan berharga dalam perlawanan nostalgia yang mengimbas permusuhan kedua-dua pasukan ketika Singapura masih beraksi dalam liga Malaysia.

Dalam perlawanan semalam, skuad bimbingan K. Devan itu dikejutkan dengan gol pembukaan Singapura seawal minit pertama menerusi jaringan kapten Singapura, Alexsandra Duric, sebelum Mendy Frederic menyumbat dua gol dalam tempoh 10 minit terakhir pada separuh masa pertama.

Selepas ketinggalan 0-3 pada babak pertama, pergerakan Selangor serba tidak kena. Juara Liga Super itu terus terus ketinggalan seminit selepas separuh masa kedua disambung, Ivan Jerkovic melebarkan kedudukan 3-0.

Shahdan Sulaiman merobek gawang Selangor menerusi jaringan keempat Singapura pada minit ke-77, sebelum Duric melengkapkan derita tuan rumah dengan gol kelima, seminit sebelum tamat perlawanan.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut berangkat menyaksikan perlawanan menyampaikan hadiah RM50,000 serta piala kepada pemain Singapura, manakala Selangor pula menerima RM10,000.

Dalam perlawanan terdahulu yang menampilkan bekas bintang 1970an dan 80an, veteran Selangor menewaskan veteran Singapura 1-0.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...