Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 23, 2010

Siapa layak ke final? (Berita Harian Online)

Oleh Harris Rajahdin

2010/10/23

pix_gal0
Empat semifinalis punya kekuatan sendiri untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu depan

ANDAI berpandu kepada kesudahan suku akhir pertama Piala Malaysia Rabu lalu, gambaran final Piala Malaysia musim ini terarah kepada Johor FC dan Kelantan untuk memenuhi temu janji final, di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 30 Oktober ini.

Johor FC mengatasi Negeri Sembilan 1-0 di gelanggang juara bertahan itu manakala Kelantan berjaya mengikat Kedah ketika berkunjung ke Stadium Darulaman, untuk meletakkan kedua-dua pasukan lebih selesa menjelang 90 minit lagi saingan malam ini.

Berbekalkan satu gol, Johor FC pimpinan Azuan Zain berada di landasan tepat untuk muncul sebagai kelab kedua mara ke final selepas MPPJ pada 2003, dan memperbaiki pencapaian terbaik mereka mara ke separuh akhir tetapi tewas kepada Selangor pada 2008.

Namun dengan tiga tonggak yang masih cedera - Eddy Helmi Manan, kapten Mohd Hamzani Omar dan Khairi Kiman, laluan Johor FC tetap dianggap berliku apatah lagi Negeri Sembilan juga mempertaruhkan maruah dan reputasi sebagai penyandang juara dan juara Piala FA 2010.

Di tangan jurulatih Wan Jamak Wan Hassan terletak perencanaan strategi untuk menterbalikkan defisit biarpun Negeri Sembilan yang dilanda sedikit kepincangan selepas kehilangan kapten, Rezal Zambery Yahya, mendapat khabar gembira dengan kehadiran semula Idris Karim.

Di Pantai Timur, Kelantan yang setakat ini hanya bergelar naib juara 2009 dan naib juara Piala FA 2010, mungkin dilihat memiliki sedikit kelebihan, lebih-lebih lagi kembali ke medan pertarungan yang menyaksikan mereka mengelar leher Gergasi Merah, 3-0 pada suku akhir kedua, minggu lalu.

Namun, Kedah yang agak lesu di tempat sendiri Rabu lalu, mempunyai pengalaman untuk menjinakkan Red Warriors, seperti yang pernah mereka lakukan beberapa kali sebelum ini.
Dengan kedua-dua pasukan bersandarkan kepada rangkaian penyerang berbisa - Indra Putra Mahayudin-Akmal Rizal Rakhli dan Baddrol Bakhtiar-Khyril Muhymeen Zambri - pertemuan Kelantan dan Kedah harus menjadi puncak perhitungan ibarat final malam ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena