Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 1, 2010

Shukor nafi benteng Negeri Sembilan goyah (Harian Metro Online)

SHUKOR ADAN menafikan pertahanan Negeri Sembilan goyah kerana kehilangan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak yang dikeluarkan pada minit ke-52 perlawanan.

Sebaliknya dia mengakui benteng pertahanan melakukan kesilapan dengan tidak berhati-hati mengawal bola serta tidak memberi perhatian penuh kepada hantaran dilakukan pasukan Kelantan.

“Kekalahan ini kesilapan pertahanan. Kami sepatutnya tidak melakukan sebarang kesilapan ketika berdepan pasukan berpengalaman seperti Kelantan. Penyerang mereka amat berpengalaman, sekali kami buat kesilapan, mereka pasti menghukum,” kata Shukor yang sering mematahkan hantaran lintang Kelantan pada separuh masa pertama.

“Bagi saya, faktor pemain muda juga bukan masalah. Mereka sudah memberi yang terbaik. Tiada istilah kekalahan kepada kami. Tahun depan ada lagi dan kami akan kembali dengan lebih kuat,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Dalam pada itu, bekas kapten Rezal Zambery Yahya yang hanya diturunkan sebagai pemain gantian tetap mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan yang dianggap sudah memberi komitmen tinggi dalam perlawanan itu, “Walaupun tidak dapat mengekalkan Piala Malaysia di bumi Negeri Sembilan, kami harus berbangga kerana sudah bermain dengan baik.

“Keseluruhan, kami bermain baik cuma nasib tidak menyebelahi. Rata-rata pemain muda diturunkan kali ini,” kata Rezal sejurus selepas perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...