Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Shahurain tekad hampakan Kelantan (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Amin Jalil

SEKALIPUN tugas dan tanggungjawab digalas berbeza, pemain muda Negeri Sembilan yang kian menunjukkan peningkatan, Shahurain Abu Samah sedia melaksanakan tugas itu sebaik mungkin apabila menentang Kelantan, pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pemain berusia 24 tahun kelahiran Kajang, Selangor itu dijangka menjadi teraju utama barisan depan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan selepas ketiadaan penyerang utama, Mohd Zaquan Adha Abd Radzak yang mengalami kecederaan lutut.

Menurut Shahurain, dia sudah menanam tekad memberikan aksi terbaik sepanjang perlawanan itu bagi memastikan trofi Piala Malaysia kekal di Seremban.

“Sebelum ini, saya beraksi di posisi sayap kanan tetapi sejak ketiadaan Zaquan Adha, tugas itu diberikan kepada saya oleh jurulatih, namun perubahan itu tidak memberikan masalah kepada saya sebaliknya sudah semakin serasi apabila sehingga kini kekal di posisi itu.

“Sasaran saya adalah untuk menjaringkan gol dan bersedia meneruskan amanah ini demi memastikan kemenangan Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui di perkarangan bangunan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sebelum bertolak ke Buikit Jalil, semalam.

Pada final tahun lalu, Shahurain menjadi pencetus kemenangan Negeri Sembilan apabila menjaringkan gol pertama yang berjaya membangkitkan semangat pemain skuad Hoben Jang Hoben sebelum keputusan penuh menewaskan Kelantan, 3-1 untuk menjulang torfi kemegahan selepas menunggu 61 tahun.

Pemain yang mesra dengan panggilan `kecik’ di kalangan rakan sepasukan mengakui cabaran kali ini lebih mencabar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...