Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Senjata utama NS (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

MEMASUKI final keenam membuatkan bekas pemain kebangsaan, Muhd Shukor Adan, amat dihormati rakan lain, justeru tidak hairanlah dia sentiasa menjadi pembimbing terutama kalangan pemain muda apatah lagi menjelang final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Pengalaman Shukor, 32, sudah pasti menjadi antara senjata utama Negeri Sembilan dalam merealisasikan sasaran mempertahankan kejuaraan sekali gus menyekat keghairahan Kelantan yang ingin membalas dendam selepas mereka dikecewakan pada final tahun lalu.

Menurutnya, walaupun cabaran bakal dihadapi kali ini berbeza, dia yakin semua pemain skuad Hoben Jang Hoben berupaya menewaskan Kelantan seterusnya memastikan trofi Piala Malaysia kekal milik mereka.

“Saya tidak menafikan barisan diketengahkan Kelantan kali ini berbeza terutama barisan penyerang mereka yang berpengalaman antaranya Akmal Rizal Rakhli, Nor Shahrul Talaha dan Hairuddin Omar tapi ia tidak menjejaskan semangat kami untuk berjuang mempertahankan kejuaraan, “Malah, kami mengetahui kelemahan Kelantan selepas bertemu empat kali sepanjang saingan Liga M musim ini dan saya yakin, kami mampu melaksanakan tugas Sabtu nanti dengan cemerlang,” katanya.

Shukor yang menjadi pencetus kemenangan Negeri Sembilan menewaskan Johor FC pada separuh akhir kedua, mengakui semangat dan komitmen rakan lain amat tinggi dengan terarah kepada usaha mempertahankan kejuaraan.


Dia yang pernah dinobat pemain terbaik final bersedia menghadapi apa juga cabaran barisan B Sathianathan itu dan akan memastikan hajat Kelantan tidak kesampaian.

“Kami tidak akan membiarkan Kelantan mencapai hajat mereka untuk memburu kejuaraan pertama Piala Malaysia dan bertekad untuk berjuang habis-habisan,” katanya yang mewakili Negeri Sembilan musim lalu.

Bekas pemain kebangsaan itu juga yakin pemain muda yang akan beraksi buat kali pertama di pentas final tidak berdepan masalah berhadapan sorakan penyokong lautan merah kerana situasi serupa sudah biasa dihadapi sepanjang kempen musim ini.

Bagi Shukor, kunci kejayaan ialah setiap pemain perlu mengekalkan prestasi cemerlang dan disiplin di padang selain tidak melakukan banyak kesilapan yang mungkin membolehkan pemain lawan mengambil kesempatan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena