Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 24, 2010

Sathianathan digantung 6 bulan (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU - Ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan tidak menyangka tindakannya menjawab soalan yang diajukan oleh media (bukan Utusan Malaysia) akhirnya mengundang padah apabila digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Sathianathan, beliau tidak menyangka komen yang diberikan itu dilihat FAM sebagai satu kesalahan yang cukup besar sehingga menyebabkannya terpaksa meninggalkan bangku jurulatih selama tempoh tersebut.

Kata Sathianathan, komennya merujuk rasa rasa tidak puas hati perlawanan antara Perlis dan Terengganu yang sepatutnya dilangsungkan di Kangar terpaksa dipindahkan ke Kuala Terengganu.

"Saya mengetahui berita tersebut (penggantungan) selepas dimaklumkan oleh kakitangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pagi tadi. Saya diberitahu surat tersebut di faks ke pejabat KAFA sejak semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Sathianathan memberitahu, beliau amat sedih dan kecewa kerana keputusan tersebut dibuat ketika Kelantan turun berdepan Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Kota Bharu, (semalam) untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...