Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 17, 2010

Sathia terkejut Kelantan menang besar (Berita Harian)

Oleh Norliza Wasilan
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/17

JURULATIH skuad The Red Warriors, B Sathianathan, berkata beliau tidak menjangka Kelantan mampu mengatasi Selangor dengan kelebihan tiga gol pada suku akhir kedua kelmarin, sedangkan menang satu gol pun sudah memadai.

“Kalau menang 1-0 pun saya gembira apatah lagi berdepan dengan Selangor dan ini semua adalah kejayaan pemain yang telah menunjukkan permainan sebenar mereka tanpa rasa tertekan berdepan Selangor,” kata Sathianathan.

Katanya, pemain sudah menunjukkan kematangan dalam permainan, tambahan apabila berdepan pasukan yang amat disegani seperti Selangor, dan Sathianathan berharap dalam separuh akhir nanti pemain Kelantan mampu mengekalkan prestasi sebagaimana mereka menumbangkan Merah Kuning.

“Meskipun skuad The Red Warriors sebelum ini ada menerima pelbagai kritikan terutama terhadap saya, kami menerimanya dengan hati terbuka, malah menganggap ia sebagai perangsang untuk terus berjuang.

“Perjuangan memburu kejuaraan Piala Malaysia akan diteruskan selepas terlepas menjuarai Piala Liga Super baru-baru ini,” kata Sathianathan yang sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan sekiranya Kelantan gagal ke suku akhir.

Gol kemenangan Kelantan dijaringkan Mohd Nor Farhan Muhd pada minit ke-14, disusuli tandukan hebat Akmal Rizal Ahmad Rakhli (minit ke-24) sebelum Mohd Badhri Md Radzi menambah luka Selangor pada minit ke-79

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...