Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 1, 2010

Sathia megah tuai hasil (Harian Metro Online)

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my

KESABARAN B Sathianathan membimbing Kelantan walaupun didesak meletak jawatan awal musim ini akhirnya membuahkan hasil apabila skuad The Red Warriors itu menamatkan penantian sejak 1921 untuk menjuarai Piala Malaysia.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu dikecam, tidak disukai dan didesak meletak jawatan sesetengah peminat fanatik Kelantan berikutan aksi kurang meyakinkan pada peringkat awal saingan Liga Super serta kekalahan pusingan kedua Piala FA selepas bergelar naib juara pada musim sebelumnya.

“Memang pada awal musim terdapat masalah namun Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tetap memberikan sokongan padu kepada saya untuk terus membimbing Kelantan.

“Malah, beliau pernah berkata kepada saya jika ingin meninggalkan Kelantan biarlah beliau juga turut berbuat demikian,” katanya selepas perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Kelantan berjaya menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1 sekali gus menjadi pasukan ke-14 yang berjaya menjulang piala yang paling berprestij di dalam saingan bola sepak negara ini.

“Saya berterima kasih dengan Annuar yang memberikan sepenuh kepercayaan untuk membentuk pasukan yang satu ketika dulu adalah sangat berbeza seperti pemain yang panas baran, mewujudkan liga bawah umur, disiplin pemain dan sebagainya,” katanya yang turut menjulang piala itu buat kali pertama sebagai jurulatih.

Beliau turut berkata, usaha untuk membawa perubahan kepada Kelantan selepas sebelum ini mengatakan “Liga Malaysia bukanlah bola sepak” ketika memegang jawatan sebagai jurulatih kebangsaan dua tahun lalu.

Mengulas mengenai perlawanan akhir itu, Sathianathan berkata, ia permainan sengit kerana Kelantan yang gagal pamer aksi sebenar di peringkat awal ketinggalan satu gol dan terpaksa bangkit menjaringkan dua gol bagi mencatatkan kemenangan.

“Kami gagal bermain seperti dirancang pada babak pertama selain pemain kelihatan terkejut dengan corak permainan lawan yang berjaya menguasai perlawanan. selain tekanan memenangi piala buat kali pertama.

“Namun, semua berubah pada babak kedua apabila mental pemain berjaya diubah dengan kata perangsang selain mereka diingatkan rekod tidak pernah tewas di luar Kota Bharu sepanjang musim ini,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...