Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Sani tak mahu ulangi kesilapan (Harian Metro Online)

KESILAPAN dilakukannya pada saingan separuh kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, 20 Oktober lalu dengan bertindak keluar daripada kawasan gol hingga menyebabkan Negeri Sembilan tewas kepada Johor FC,1-0 nyata memberi pengajaran berguna buat penjaga gol Sani Anuar Kamsani.

Pemain berusia 27 tahun itu mengakui tindakan kurang bijak ketika itu dipengaruhi rasa gugup dan tekanan hebat dihadapinya dalam usaha mempertahankan benteng pasukan selain mahu memastikan kemenangan pasukan.

Namun menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok, pemain kelahiran Sepang, Selangor ini berjanji tidak mengulangi lagi kesilapan serupa sebaliknya bertekad memberikan persembahan terbaik dengan memastikan benteng terakhir pasukan tidak dibolosi.

“Kesilapan itu banyak memberi pengajaran dan saya berjanji tidak mengulanginya lagi sebaliknya berazam memastikan gawang Negeri Sembilan dapat dipertahankan daripada serangan pemain Kelantan.

“Saya sedar perlu lebih berhati-hati pada final kerana sebarang kesilapan boleh membawa padah sekali gus menggagalkan usaha mempertahankan kejuaraan,” katanya semalam.

Sani yang sebelum ini menjadi penjaga gol kedua terpaksa mengambil alih tugas utama daripada Mohd Farizal Harun yang mengalami kecederaan serius, mengakui perasaannya ketika ini sedikit berdebar kerana bakal beraksi buat kali pertama di pentas final.

Namun, dia yakin mampu mengatasi masalah itu malah semangatnya ketika ini amat tinggi untuk menggalas tugas dan sedia mempamerkan persembahan cemerlang sekali pun tidak menafikan tugas kali ini lebih mencabar berbanding pada aksi sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...