Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, October 22, 2010

Rooney, Ferguson berbalah masalah kecederaan (Berita Harian Online)


2010/10/15

LONDON: Wayne Rooney kelihatan berbalah dengan pengurusnya di Manchester United, Sir Alex Ferguson, selepas mendakwa dia bebas daripada kecederaan musim ini.

Ferguson berkata Rooney bergelut dengan “kecederaan pergelangan kaki” ketika ditanya mengapa dia tidak membawa penyerang itu ketika menentang Valencia dalam pertembungan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Dan pengurus United itu memberi alasan sama sekali lagi apabila Rooney tidak tersenarai ketika menentang Sunderland 11 hari lalu.

Rooney, begitupun, mendakwa dia bebas daripada kecederaan musim ini. Ketika ditanya selepas England sekadar seri 0-0 menentang Montenegro minggu ini mengenai kecederaan pergelangan kakinya, Rooney membalas: “Tidak, saya tidak mempunyai masalah pergelangan kaki musim ini.”

Kemudian ketika ditanya “Mengapa Alex Ferguson memberitahu kamu cedera?”, Rooney tertawa dan berkata: “Saya tidak tahu.”

Rooney pertama kali cedera di pergelangan kaki ketika suku akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 30 Mac tetapi dianggap cergas untuk beraksi dalam pusingan kedua.

Rooney mengakui dia kurang tajam dalam melakukan penyudahan dan memerlukan perlawanan untuk mengatasinya.
"Saya merasa lebih baik melawan Montenegro. Anda perlu beraksi untuk mendapatkan kecergasan anda,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...