Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 26, 2010

Rezal buat NS tarik nafas lega (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/26

Kecederaannya tidak serius, mungkin dapat beraksi pada final: Wan Jamak

NEGERI Sembilan mendapat suntikan bertenaga dengan perkhabaran terbaru kapten pasukan, Rezal Zambery Yahya akan turun gelanggang memimpin skuad juara bertahan itu menentang Kelantan dalam final, Sabtu ini.

Pemain tengah itu tidak beraksi ketika menentang Johor FC dalam perlawanan separuh akhir kedua, Sabtu lalu gara-gara masalah kurang cergas berikutan kecederaan kaki dialami tapi kini dikhabarkan ia sudah pulih hampir 100 peratus.

Perkembangan ini harus memberi satu kelegaan kepada jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan mengerti Rezal akan membantunya membariskan senarai kesebelasan terbaik. Pada pengamatan pengendali itu, pemain tonggak itu adalah inspirasi serta perancang tengah dan juga mampu membimbing pemain muda.

“Jika dilihat kepada perkembangan kecederaan Rezal memang tidak begitu serius, justeru ada kemungkinan dia boleh beraksi Sabtu ini. Saya memang harap dia dapat diturunkan bagi memastikan kekuatan pasukan berada pada tahap maksimum untuk misi mengecapi kemenangan ke atas Kelantan dan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

“Kami tidak menghadapi masalah menurunkan semua pemain tetapi hakikatnya Negeri Sembilan tidak memiliki ramai pemain yang berprestasi kerana beberapa pemain yang ada seperti Norizam Salaman, L Ragesh dan K Thanaraj selain penyerang muda seperti Mohd Shaffik Abd Rahman, Mohd Firdaus Azizul dan Mohd Asyraf Al-Jafri belum terbukti kemampuan mereka.

“Saya hanya dapat menyandarkan harapan kepada beberapa pemain termasuk Idris Karim dan Shahurain Abu Samah di barisan depan walaupun bukan itu posisi sebenar mereka selepas Mohd Zaquan Adha (Abd Radzak) terpaksa berehat panjang.
“Apa pun hanya pemain yang berada pada tahap prestasi terbaik, berpengalaman bakal berada dalam senarai,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...