Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 28, 2010

Rezal akur Kelantan lebih hebat (Berita Harian)

Oleh Harris Rajahdin dan Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/27

TONGGAK NS (dari kiri) Rezal Zambery, Muhd Shukor Adan, Ching Hong Aik dan Idris Abd Karim ketika sesi latihan di Seremban, petang semalam.
TONGGAK NS (dari kiri) Rezal Zambery, Muhd Shukor Adan, Ching Hong Aik dan Idris Abd Karim ketika sesi latihan di Seremban, petang semalam.

'Tapi kami juga tahu kelemahan Red Warriors'

PERANG psikologi menjelang final Piala Malaysia, Sabtu ini sudah bermula dan ia tampak didahului oleh pemain Negeri Sembilan yang memasang impian besar mahu menjulang trofi berprestij itu buat kali kedua berturut-turut.

Rata-rata mereka beranggapan Kelantan memiliki barisan pemain mantap – jauh berbeza berbanding pertembungan peringkat sama, tahun lalu dan setiap langkahan lawan harus dikawal andai tidak mahu mengundang masalah.

Pada pengamatan mereka, skuad The Red Warriors itu berbekal kelompok pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal Rakhli dan Hairuddin Omar, umpamanya yang boleh mencipta peluang jaringan dengan pantas andai mereka leka.

Ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya yang akan kembali beraksi berkata, dia dan rakan sepasukan akur skuad Kelantan, terutama barisan depan yang lebih mantap, termasuk kelibat dua pemain muda, Nor Shahrul Talaha dan Norfarhan Mohamad boleh menghukum mereka jika terlalu yakin.

“Apapun, kami sudah tahu kekuatan dan kelemahan Kelantan berdasarkan pada pertemuan lalu. Kelebihan psikologi harus memihak kami selepas mencatat satu kemenangan dan seri sekali.

“Kami ada kemampuan mempertahankan trofi kejuaraan dengan beberapa masalah termasuk tanpa Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak selain soal kecederaan pemain.
“Setakat ini kami sudah mengharungi dengan baik dan ketika sama strategi mantap jurulatih (Wan Jamak Wan Hassan) banyak membantu kami, termasuk menjadi juara Piala FA dan kini ke final Piala Malaysia,” kata Rezal.

Dalam membicarakan kata-kata itu dia tetap menghormati jentera Kelantan kerana beranggapan dalam final suasananya berbeza dan siapa yang kurang melakukan kesilapan ada kemampuan muncul juara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...