Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, October 20, 2010

Red Warriors mula terasa bahang (Berita Harian Online)

Oleh Adnan Mohamad
bhkb@bharian.com.my
2010/10/20

Nor Shahrul Talaha (tengah) ketika menentang Selangor, minggu lalu. Dia  tidak dapat diturunkan menentang Kedah malam ini.
Nor Shahrul Talaha (tengah) ketika menentang Selangor, minggu lalu. Dia tidak dapat diturunkan menentang Kedah malam ini.

Kelantan tanpa Nor Shahrul, Akmal Rizal

KELANTAN dijangka mengharungi bahang perlawanan sengit, malam ini bertembung dengan Kedah di Stadium Darulaman, berikutan kehilangan penyerang berbisa, Nor Shahrul Idlan Talaha selain mungkin tidak menurunkan Akmal Rizal Rakhli, yang dikhabarkan masih belum sembuh daripada demam.

Keadaan dijangka lebih membimbangkan apabila pemain pertahanan, Rizal Fahmi Abdul Rosid turut mengalami kecederaan – menjadikan The Red Warriors dalam situasi getir menumbangkan Sang Kenari di gelanggang sendiri.

Namun, bagi pengendali Kelantan, B Sathianathan, kehilangan Nor Shahrul Idlan akibat menerima kad merah dan kemungkinan Akmal yang masih belum sihat sepenuhnya tidak menjadi halangan bertukar corak permainan kerana masih mempunyai beberapa lagi penyerang berkaliber.

Menurutnya, Che Hishamuddin Hassan, Hairuddin Omar, Mohd Nizad Ayub, Ramzul Zahini Adnan serta S Chanturu tetap berbahaya dengan gandingan kekuatan tonggak utama diketuai Indra Putra Mahayuddin serta dibantu Mohd Badhri Radzi.

“Saya menjangka perlawanan separuh akhir pertama di Kedah malam esok (malam ini) akan sengit kerana Kedah sudah pasti akan bermain mati-matian untuk mengecewakan Kelantan selepas mereka berjaya melakukannya pada saingan Piala FA lalu. Begitu juga kemenangan mereka di Kota Bharu pada saingan Liga Super.

“Bagaimanapun, saya yakin pemain Kelantan yang masih berbekal semangat kemenangan mengatasi Selangor, Jumaat lalu, akan meneruskan kecemerlangan corak permainan mereka sekali gus diterjemahkan dalam pertemuan dengan Kedah nanti, namun begitu kita tetap berhati-hati, pastikan kemenangan pertama milik kita,” katanya, semalam.
Mengenai keadaan Akmal Rizal yang masih dibelenggu demam, Sathia menegaskan, beliau akan menyerahkan kepada doktor pasukan dalam membuat keputusan sama ada dia cergas untuk bermain atau terpaksa direhatkan.

“Jika Kelantan kehilangan Akmal, ia sebenarnya bukan satu masalah besar kerana beberapa penyerang lain turut berkemampuan mengisi ruang berkenaan.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...