Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, October 22, 2010

Perjuangan Jang belum berakhir pertahan reputasi (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Amin Jalil

MASIH ada peluang untuk mempertahankan reputasi dan kejuaraan kerana perjuangan Negeri Sembilan belum terhenti walaupun terpaksa menerima hakikat kekalahan 0-1 kepada Johor FC, pada separuh akhir pertama Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.

Itu kata-kata jurulatih Wan Jamak Wan Hassan sebaik tamat perlawanan yang masih terbayang keyakinannya terhadap kemampuan pasukan untuk meneruskan perjuangan apabila turun pada perlawanan timbal balik, di Stadium Pasir Gudang, malam esok.

Walaupun terpaksa menelan kepahitan berikutan kesilapan penjaga gol Sani Anuar Kamsani yang keluar meninggalkan gawang bagi membolehkan pemain gantian, Mohd Ezaidy Khadar menjaringkan gol kemenangan, beliau tetap berkeyakinan peluang Negeri Sembilan tetap ada.

“Memang rasa kecewa kerana pemain gagal menjaringkan gol walaupun mereka menguasai hampir 80 peratus permainan sebaliknya pihak lawan pula yang berjaya menjaringkan gol hasil kesilapan penjaga gol.

“Kesilapan ini harus dijadikan pengajaran oleh setiap pemain kerana dari segi rekod pertemuan sebelum ini, kita mempunyai kelebihan dan pemain sepatutnya bijak memanfaatkan setiap peluang itu untuk menjaringkan gol.

“Namun ketiadaan beberapa pemain berpengalaman terutama Idris Karim yang digantung dan Rezal Zambery (Yahya) yang dikeluarkan kerana kecederaan turut memberi kesan kepada keseluruhan persembahan,” katanya.

Beliau berharap pemain Negeri Sembilan tidak patah semangat menjelang perlawanan timbal balik esok, sebaliknya perlu terus memberikan komitmen tinggi dan bekerja lebih keras kerana masih ada tempoh 90 minit lagi yang akan menjadi penentu kepada hidup mati pasukan musim ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...