Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 28, 2010

Penyokong diingatkan patuhi peraturan: Polis (Sinar Harian Online)


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan unit anjing pengesan (K9) di kawasan-kawasan tertentu sepanjang berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2010 di antara Kelantan menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Khalid Abu Bakar berkata, langkah tersebut diambil untuk memantau sekiranya berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan.

Menurutnya, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati cuba menimbulkan kekecohan seperti insiden membaling mercun serta membakar tempat duduk penonton yang berlaku pada tahun lalu.

Khalid berkata, polis tel:ah bersedia secukupnya dan bekerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) serta pihak perbadanan stadium untuk memastikan keselamatan terkawal sepanjang tempoh berlangsungnya perlawanan akhir itu.

“Penyokong diingatkan untuk tidak membuat kekecohan seperti yang pernah berlaku tahun lalu ketika perlawanan peringkat sama melibatkan kedua-dua pasukan.

“Kita (polis) serius dalam perkara ini bagi memastikan keadaan terkawal sepanjang berlangsung perlawanan akhir ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini semalam.

Beliau mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk tidak membawa barang-barang dilarang seperti mercun atau bunga api ke dalam stadium.

Katanya, minuman dalam botol juga tidak dibenarkan manakala minuman di dalam stadium dijual tanpa ais.

Khalid berkata, beliau berharap edisi perlawanan akhir akan berlangsung ini tanpa insiden yang mencemarkan.

“Ini hanya satu permainan, jadi buat apa nak cemarkan dengan insiden-insiden kekecohan,” katanya.

Selain itu, beliau menyeru kepada penyokong yang datang dari jauh agar memandu dengan cermat bagi mengelakkan berlaku tragedi tidak diingini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...