Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, November 1, 2010

Penyerang tumpul punca NS gigit jari (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

WAN JAMAK WAN HASSAN mengakui faktor jentera serangan tumpul dan kehilangan kapten, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada babak kedua menjadi punca Negeri Sembilan gagal mempertahankan kejuaraan.

Dengan nada tidak selesa ketika ditemubual, beliau berang apabila ditanya mengenai jentera serangan yang gagal menghasilkan gol tambahan.

Skuad Hoben Jang Hoben itu mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan penalti Shahurain Abu Samah selepas S Kunalan dijatuhkan penjaga gol Kelantan, Zairul Fitree Ishak.

Biarpun jentera serangan Negeri Sembilan gagal menambah jaringan, masalah utama kekalahan skuad itu pastinya di benteng pertahanan selepas Aidil terpaksa dikeluarkan pada minit ke-52.

Wan Jamak mengakui ketiadaan Aidil menjadikan pertahanan mereka goyah.

“Kehilangan Aidil merubah rentak dan mewujudkan jurang besar di benteng pertahanan. Pasukan lawan pantas mengambil kesempatan daripada situasi kami. Mengenai kecederaan Aidil, kami belum dapat pengesahan sama ada serius atau tidak,” kata Wan Jamak.

Aidil yang bergandingan dengan Shukor Adan berjaya memematahkan setiap asakan jentera serangan berpengalaman lawan dalam separuh masa pertama.

Dalam pada itu, Wan Jamak memuji barisan bintang Kelantan yang bijak menangani tekanan apabila ketinggalan, malah mencipta permainan berkualiti.

Begitupun, beliau tidak kecewa dengan prestasi pemain pertahanan yang terpaksa bergantung kepada pemain muda, terutamanya selepas Aidil dikeluarkan.

“Sebelum ini anda tidak kenal Halim Zainal, Qhairul Anwar Roslani, Tengku Qayyum Ubaidillah. Mungkin anda hanya kenal Shahurain (Abu Samah), itu pun kerana dia beraksi pada final tahun lalu,” katanya.

Pada perlawanan kelmarin, Wan Jamak menurunkan Mohd Alif Samsudin, 21, memperkuat pertahanan Negeri Sembilan yang beraksi kali pertama di final kerana kekurangan pemain berpengalaman.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...