Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 26, 2010

Pemain NS dijanjikan ganjaran (Utusan Malaysia Online)

ARKIB : 25/10/2010

SEREMBAN - Kejayaan skuad Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia Sabtu ini, bakal diiringi dengan ganjaran 'durian runtuh' oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Perkara itu dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan, setelah skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan berjaya meranapkan impian Johor FC mencipta sejarah ke final, apabila menang 2-1 secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua di Pasir Gudang, kelmarin.

Jelas Mohamad, habuan yang bakal diterima oleh semua pemain dan pengurusan skuad Hobin Jang Hobin, akan diserahkan dalam tempoh terdekat, tanpa mendedahkan jumlah ganjaran tersebut.

''Kita tidak akan mendedahkan berapa jumlahnya, kerana sebelum ini kita telah pun memberikan habuan kepada mereka sebaik sahaja berjaya melayakkan diri ke suku akhir dan separuh akhir.

"Apa yang penting, ganjaran itu merupakan tanda sokongan PBNS kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh hingga berjaya melayakkan diri ke pentas akhir," katanya ketika ditemui, semalam.

Mohamad mahu melihat perlawanan akhir nanti dijadikan sebagai medan menunjukkan kesungguhan para pemain, untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Katanya, biarpun Negeri Sembilan memegang status penyandang juara, beliau mahu skuad itu menjadi pasukan underdog, yang mampu mencipta kejutan kepada pasukan lawan.

"Dalam perlawanan akhir seperti ini, apa sahaja boleh berlaku.

"Jika mereka dapat mempamerkan semangat yang kental, selain menunjukkan prestasi yang tinggi, kita yakin Negeri Sembilan mampu membawa pulang kembali piala berprestij untuk kali kedua berturut-turut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...