Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, October 22, 2010

NS yakin masih ada peluang Oleh Mohd Amin Jalil (Berita Harian Online)

bhsukan@bharian.com.my
2010/10/22

  PEMAIN Negeri Sembilan, Shukor Adan  mengasak penjaga gol  pasukan Johor FC, Mohd Anis Faron dalam perlawanan separuh akhir  pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin. Gambar kecil, Wan Jamak Wan Hassan
PEMAIN Negeri Sembilan, Shukor Adan mengasak penjaga gol pasukan Johor FC, Mohd Anis Faron dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin. Gambar kecil, Wan Jamak Wan Hassan
Nasib tidak mahu menyebelahi kami di Paroi kelmarin: Wan Jamak

SEDETIK kesilapan bahagian pertahanan menjadi puncak kekalahan Negeri Sembilan 0-1 kepada Johor FC, sekali gus meletakkan misi mempertahankan Piala Malaysia berdepan laluan berliku.

Sekalipun masih ada 90 minit saingan pada timbal balik kedua separuh akhir di gelanggang lawan itu Sabtu ini, pengendali Wan Jamak Wan Hassan mahu berasa yakin bahawa peluang pasukan bimbingannya itu masih belum tutup sepenuhnya.

Sambil mengakui nasib juga tidak mahu menyebelahi anak buahnya untuk mencari kemenangan di Paroi kelmarin, Wan Jamak berharap pemain mendapat pengajaran berguna daripada perlawanan pertama itu untuk dijadikan pegangan apabila bertandang ke tempat lawan.

“Memang rasa kecewa kerana pemain gagal meletakkan bola ke gawang lawan walaupun menguasai hampir 80 peratus permainan, sebaliknya pihak lawan yang berjaya menjaringkan gol hasil kesilapan penjaga gol yang meninggalkan kawasan gawang yang tidak sepatut dia lakukan.

“Kesilapan ini harus dijadikan pengajaran kerana daripada segi rekod pertemuan sebelum ini, kita (Negeri Sembilan) mempunyai kelebihan dan pemain sepatutnya bijak memanfaatkan setiap peluang,” katanya sambil mengakui ketiadaan Idris Karim dan Rezal Zambery Yahya yang terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan, sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan di depan 25,000 penyokong sendiri.

Beberapa pemain muda yang disandarkan harapan seperti Mohd Shaffik Abd Rahman, Mohd Asyraf Al-Jafri dan Mohd Firdaus Azizul juga gagal menyinar dalam perlawanan itu tetapi dia amat berharap, tempoh hidup mati 90 minit di Stadium JCorp nanti dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
“Rekod Negeri Sembilan di gelanggang lawan masih meyakinkan dan saya yakin peluang untuk mengatasi defisit kepada Johor FC masih boleh diatasi,” kata Wan Jamak.

“Saya akan mengatur strategi baru terutama dari segi posisi pemain kerana ada beberapa pemain mengalami kecederaan dan saya yakin matlamat mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia masih ada,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...