Oleh Harris Rajahdin dan Syed Riduan Ahmad
bhsukan@bharian.com.my
2010/10/30
SATHIANATHAN (tengah) memberi arahan kepada pemainnya ketika latihan terakhir menjelang final Piala Malaysia di Stadium Nasional, semalam.
PENGALAMAN beraksi pada final tahun lalu mendewasakan pasukan Kelantan dengan kapten, Indra Putra Mahayuddin mahu menjadikan gol tunggal jaringannya pada aksi final Piala Malaysia bertemu Negeri Sembilan tahun lalu sebagai pemangkin untuk memburu kemenangan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
“Ia bukti nyata gawang Negeri Sembilan bukan kebal untuk dibolosi,” kata Indra sebelum sesi latihan terakhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
“Kami akan cuba memastikan permainan berakhir dalam tempoh 90 minit, tetapi jika perlu bermain pada masa tambahan atau penentuan penalti, kami sudah bersedia.”
Tahun lalu, Kelantan berputih mata apa lawan mendahului tiga gol untuk merangkul kejuaraan dengan kemenangan 3-1.
“Banyak yang kami pelajari daripada kekalahan pada tahun lalu. Nasihat saya kepada rakan sepasukan, jangan terlalu tertekan dan main seperti biasa," kata Indra yang menjadi tulang belakang Kelantan untuk memburu kejuaraan pertama dalam kancah bola sepak tempatan sejak Piala Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Piala HMS Malaya dan sebelum itu Piala Malaya pada 1921.
Indra mengakui, walaupun ada kalangan pemerhati meletakkan Kelantan sebagai pasukan pilihan kali ini, dia dan rakan sepasukannya tidak akan cepat mendabik dada, sebaliknya tetap menghormati lawan yang turun selaku penyandang juara dan juara Piala FA musim ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.