Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 17, 2010

Negeri Sembilan, Kedah, Johor FC lolos (Kosmo)

PENYANDANG juara, Negeri Sembilan mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Perlis 3-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi.

Dua gol Negeri Sembilan dihasilkan menerusi Abd. Halim Zainal pada minit ke-25 dan 40 manakala satu gol sumbangan Shukor Adan (74).

Gul tunggal Perlis dihasilkan oleh Azrul Ahmad.

Dengan kemenangan itu, Negeri Sembilan mara dengan agregat 4-1 selepas skuad Hoben Jang Hoben itu membenam Perlis 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi Selasa lalu.

Pada aksi separuh akhir, Negeri Sembilan akan menentang Johor FC yang menyingkirkan Pahang.

Sekalipun kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 2-2, namun Johor FC layak ke separuh akhir berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi, Pahang menang 2-1.

Md. Shahrizan Md. Salleh dan Faizol Hussain masing-masing meledak satu gol buat Pahang manakala Eddy Helmi Manan menjaringkan gol tunggal Johor FC.

Bagaimanapun, Johor FC masih memiliki kelebihan untuk mara ke separuh akhir hasil kemenangan 1-0 di Stadium JCorp, Pasir Gudang Selasa lalu.

Di Stadium Darul Aman, Kedah berpesta gol apabila membelasah Terengganu 3-0.

Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-62, Sabre Mat Abu (68) dan Khyril Muhymeen Zambri (83).

Kemenangan itu membolehkan Kedah mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2 selepas skuad Kenari itu mengikat Terengganu 2-2 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada aksi suku akhir pertama.

Kedah akan membuat perhitungan dengan Kelantan pada aksi separuh akhir selepas skuad The Red Warriors itu membenam Selangor dengan agregat 3-0 kelmarin.

Separuh akhir pertama akan diadakan Rabu ini (20 Oktober) dan separuh akhir kedua dilangsungkan Sabtu depan (23 Oktober).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena