Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, October 20, 2010

Negeri Sembilan 'bina tembok' hadapi Johor FC (Utusan Malaysia Online)

SEREMBAN - Kalau perlu, tembok besar hendak didirikan di hadapan gawang Negeri Sembilan.

Begitulah besarnya sandaran skuad Rusa dalam memastikan tidak ada jaringan daripada Johor FC yang lolos dalam gawang Negeri Sembilan pada saingan separuh akhir pertama yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, dekat sini, malam ini.

Ketegasan itu dinyatakan ketua pasukan Negeri Sembilan, Rezal Zambry Yahya tentang keyakinan rakan sepasukan menghadapi Johor FC.

''Kalau diikutkan hati, mahu sahaja kami 'empang' gawang itu, supaya tiada sebiji bola pun berjaya disepak masuk ke dalam gawang Negeri Sembilan.

''Apa pun kami akan bermain sebaik mungkin kerana kemenangan besar di Paroi, penting untuk kita jadikan bekalan pada aksi separuh akhir kedua kelak," katanya di sini, semalam.

Tambah Rezal, siapa juga yang menjaringkan gol pada aksi separuh akhir pertama di Paroi ini, ia adalah sesuatu yang penting.

Jelasnya, sekiranya Johor FC gagal meraih sebarang gol di Paroi, faktor tersebut akan dijadikan bekalan selesa buat Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut pertembungan di Paroi nanti, Rezal memberitahu, kelebihan bermain di gelanggang sendiri akan dijadikan platform terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.

''Saya berharap barisan pemain dapat memberikan fokus, keyakinan dan komitmen yang tinggi pada perlawanan ini nanti, seterusnya mencipta kemenangan tanpa dibolosi gol," ujarnya.

Sungguhpun begitu, Rezal memberitahu, kelibat tonggak tengah Negeri Sembilan, Idris Karim tidak akan kelihatan dalam perlawanan itu nanti.

''Ini kerana dia (Idris) dikenakan hukuman gantung satu perlawanan kerana dilayangkan kad kuning kedua," katanya.

Berdasarkan pertemuan Liga Super sebanyak dua kali sebelum ini, Negeri Sembilan menewaskan Johor FC 2-1 dan seri 1-1.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...