Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, October 24, 2010

Negeri Sembilan And Kelantan To Clash Again In Malaysia Cup Final (Bernama)

October 24, 2010 00:34 AM

KUALA LUMPUR, Oct 23 (Bernama) -- Malaysia Cup holders Negeri Sembilan will again meet Kelantan in the Malaysia Cup final when they won their semi-final second leg matches Saturday night.

Negeri Sembilan beat Johor FC 2-0 at JCORP Stadium in Pasir Gudang while Kelantan beat Kedah 1-0 in the other semi-final match at Sultan Muhammed IV Stadium in Kota Baharu.

Visitors Negeri got lucky when referee Nagor Amin Noor Mohamed judged that the header by Mohd Shukor Adan had crossed the goal line in the 36th min.

Johor FC were again punished when Negeri was awarded a penalty kick which Sharurain Abu Samah scored in the 60th min.

In Kota Baharu, Kelantan looked the hungrier side as several goal attempts brought out some fine saves from Kedah goalkeeper Mohd Helmi Eliza Elias.

Malaysia Cup runners-up Kelantan got a break when Nur Shahrul Idlan Talaha beat Mohd Helmi with a corner kick in the 78th min.

Negeri Sembilan will meet Kelantan in the Malaysia Cup final on Oct 30 at National Stadium in Bukit Jalil.

-- BERNAMA

______________________

24 Oktober, 2010 00:33 AM

Piala Malaysia: Negeri Sembilan, Kelantan Layak Ke Perlawanan Akhir

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Juara Piala Malaysia musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua malam Sabtu.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, pasukan pelawat, Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Johor FC dengan kemenangan 2-0.

Sebelum ini pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Johor FC mendahului Negeri Sembilan 1-0.

Pada babak separuh masa pertama perlawanan tampak kedua-dua pasukan lebih bertumpu kepada jentera serangan bagi menghasilkan gol pendahuluan perlawanan.

Pengadil perlawanan Nagor Amin Noor MOhamed telah mengiktiraf gol pertama pasukan negeri Sembilan apabila tandukan Mohd Shukor Adan telah melintasi garisan gol pada minit yang ke-36.

Pada babak kedua para penyokong pasukan Johor FC bagaikan terdiam apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Negeri Sembilan apabila Kunalan Subramaniam telah dijatuhkan oleh Khiri Kiman di dalam kotak penalti dan Sharurain Abu Samah menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-60 perlawanan.

Sementara itu, Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, pasukan tuan rumah yang juga naib juara Piala Malaysia pada musim lepas begitu bersemangat untuk mencari gol awal pada separuh masa pertama lagi dengan melakukan lebih lapan percubaan.

Bagaimanapun, serangan itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias yang beraksi cemerlang.

Pada minit ke-2 Kelantan nyaris menyumbat gol awal melalui sepakan Nur Shahrul Idlan Talaha yang terkena tiang.

Pada babak separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak mengasak dan Mohd Helmi terpaksa bekerja keras mengekang asakan pemain Red Warriors itu.

Kekebalan Mohd Helmi akhirnya tewas pada minit ke-78 melalui sepakan sudut yang diambil Nur Shahrul Idlan Talaha.

Sepakan bola tersebut melencong masuk dan gagal ditampan kemas Mohd Helmi yang menyaksikan lebih 20,000 penonton bersorak kegembiraan.

Perlawanan malam ini juga menyaksikan tiada insiden kekacauan yang dikhuatiri dicetuskan penonton tempatan berlaku namun beberapa insiden letupan mercun masih berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung.

Negeri Sembilan dan Kelantan akan bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Okt ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.


-- BERNAMA


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena