Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, October 19, 2010

Muhymeen kembali temui sentuhan (Harian Metro Online)

Oleh Bashah Zainol Abidin

PENYERANG kebangsaan Khyril Muhymeen Zambri kembali menemui keyakinan selepas mempamerkan aksi cemerlang membantu Kedah menyingkirkan Terengganu di peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Malah semangatnya semakin membara apabila turut menjaringkan satu gol membantu pasukannya menewaskan Terengganu dengan agregat 5-2 untuk menempah pertemuan menentang Kelantan pada perlawanan separuh akhir pertama di Alor Setar, malam esok.

“Selepas berehat selama beberapa bulan kerana menjalani pembedahan akibat kecederaan pada lutut kanan, saya begitu takut ketika beraksi kerana tidak mahu melalui penderitaan itu sekali lagi dan ini mengakibatkan prestasi saya menurun.


“Kini selepas beraksi pada beberapa perlawanan lalu saya sudah bertambah yakin dan bersedia membantu Kedah mengulangi kejayaan yang dinikmati pada musim 2007 dan 2008 dengan menjuarai Piala Malaysia, Liga Super dan Piala FA.

“Saya sedar Kelantan bukanlah lawan yang mudah dijinakkan tetapi kita sudah membuktikan kemampuan untuk mengatasi mereka pada perlawanan separuh akhir Piala FA musim ini,” kata Khyril.

Katanya, semua pemain Kedah menghormati kemampuan Kelantan mengatasi juara Liga Super Selangor tetapi mereka tidak takut untuk berdepan Kelantan kerana keupayaan pasukan Kedah juga tidak kurang hebatnya.

“Kesebelasan pemain yang beraksi nanti perlu bersungguh-sungguh sehingga tamat perlawanan kalau berhasrat untuk mengecewakan lawan yang dibarisi ramai pemain berpengalaman berbanding kami.

“Kedah juga tidak kurang hebatnya dengan penyerang cemerlang iaitu Baddrol Bakhtiar yang sudah berjaya menjaringkan enam gol pada Piala Malaysia musim ini dan peningkatan beberapa pemain muda yang beraksi buat pertama kali musim ini pasti akan menjadi cabaran bagi Kelantan,” kata Khyril.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...