Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Medan tebus kekecewaan (Harian Metro Online)

Oleh Mohd Hilmie Hussin, Aida Adilah Mat, Wan Noriza Meor Idris, Azlan Mat Zain

FINAL antara Negeri Sembilan dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini lebih kepada ulangan pertembungan musim 2009. Negeri Sembilan mengunggulinya namun kali ini sukar diramal kerana penampilan Kelantan jelas berbeza sekalipun masih dibimbing B Sathianathan.

Untuk itu hanya pakar bola sepak saja layak memberikan ramalan. Berikut adalah pendapat beberapa jurulatih Liga M mengenai final menarik dua pasukan terbaik ini.

K Devan, jurulatih Selangor.

Kelantan memiliki sedikit kelebihan muncul juara Piala Malaysia kali ini kerana corak permainan pasukan itu lebih tersusun. Mereka bijak bermain dengan hantaran pendek, malah ada corak permainan positif berbanding Negeri Sembilan.
Begitupun, Negeri Sembilan mampu menangani Kelantan sekiranya S Kunalan dan Shahurain Abu Samah bbergerak lincah menembusi benteng Kelantan.

Bagi saya, Negeri Sembilan cukup kuat di pertahanan dan posisi penjaga gol. Sani Anuar Kamsani sudah dua kali bermain di final berbanding penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang pertama kali beraksi. Jika perlawanan ditentukan menerusi penalti, Negeri Sembilan akan menang.

Bagi saya, Kelantan mempunyai kelebihan di posisi tengah dan serangan.


E Elavarasan, jurulatih Felda United.

Penampilan kali kedua Kelantan di final Piala Malaysia kali ini membawa semangat berbeza apabila mereka dilihat cukup bersedia dari segi semua aspek.
Kelantan di lihat lebih bersedia berbanding Negeri Sembilan yang banyak dihantui dengan kecederaan.

Tahap keyakinan di kalangan pemain Kelantan juga memihak kepada skuad itu dan Kelantan tampak bersedia menembus kekecewaan.

Apapun ini cuma ramalan dengan apa saja keputusan boleh berlaku dan jika perlawanan di bawa ke penentuan penalti, mungkin rezeki boleh memihak kepada Negeri Sembilan.


Ketua Jurulatih Kedah, Ahmad Yusof.

Meskipun tewas di tangan Kelantan pada separuh akhir minggu lalu, saya meramalkan kemenangan memihak kepada The Red Warriors pada perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.

Ia berikutan Kelantan dilengkapi jentera penyerang yang hebat berbanding Negeri Sembilan, khususnya menerusi serangan ketua pasukan, Indra Putra Mahyuddin.
Walaupun Negeri Sembilan mempunyai benteng pertahanan yang kukuh, mereka perlu berwaspada dengan jentera serangan Kelantan.

Apapun, saya ramalkan perlawanan ini adalah pertemuan yang sukar kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Saya letakkan Kelantan menang 2-1 malam ini.


Ketua Jurulatih Kebangsaan, K Rajagobal

Jurulatih kebangsaan, K Rajagobal enggan memilih Kelantan atau Negeri Sembilan untuk menjulang Piala Malaysia namun mahu kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik.

Pada pandangan saya kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri dengan Negeri Sembilan mempunyai kelebihan di barisan tengah dengan gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda, Abdul Halim Zainal manakala Kelantan mempunyai banyak pilihan di jentera serangan yang berpengalaman.

Namun saya turut akan memerhatikan prestasi beberapa dari Kelantan dan Negeri Sembilan yang dipanggil untuk latihan skuad kebangsaan dan berharap mereka tidak akan mengalami sebarang kecederaan kerana masih terlalu singkat untuk menghadapi Sukan Asia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...