Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Lupakan ganjaran seketika (Harian Metro Online)

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu pemain skuad The Red Warriors itu tidak memandang kepada ganjaran sebaliknya memberikan sepenuh perhatian pada perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan, malam ini.

Menurutnya lagi perkara itu sering diingatkan olehnya apabila mengadakan pertemuan dengan pemain bagi memberikan sokongan moral dan semangat.

“Melalui pengamatan saya, soal ganjaran itu menjadi perkara kedua kerana mereka mempunyai keazaman tinggi untuk membawa pulang Piala Malaysia buat kali pertama ke Kota Bharu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat membabitkan keselamatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Annuar bagaimanapun berkata, ganjaran tetap menanti skuad Kelantan sekiranya berjaya menjulang piala paling berprestij di Malaysia itu namun enggan mendedahkan jumlah dan bentuknya.

KAFA sebelum ini dilaporkan membelanjakan lebih RM100,000 sebagai ganjaran kerana berjaya layak ke final dua tahun berturut-turut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...