Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 30, 2010

Kijang tak mahu sia-siakan peluang, kecewa lagi (Harian Metro Online)

Oleh Adnan Mohamad

KEJAYAAN melangkah ke final Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut bagi Kelantan tidak mungkin dipersia-siakan barisan pemainnya malah saat inilah peluang membuktikan keupayaan sebenar.

Tambah mendebarkan ialah lawan yang bakal ditentang adalah ‘musuh lama’ yang sebelum ini pernah menidakkan hasrat The Red Warriors untuk membawa pulang piala meskipun peluang dikatakan sudah terbuka luas.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Rosmadi Mohamed berkata, meskipun jalan ke final bagi Kelantan agak berliku namun bersyukur kerana akhirnya ramalan ke final menjadi kenyataan.

Katanya, keupayaan Negeri Sembilan (NS) dilihat seimbang dengan gabungan pemain veteran dan muda tetapi Kelantan akan memastikan rentak ketika menewaskan Selangor dan Kedah sebelum ini dikekalkan.

“Pemain Kelantan menunjukkan kemampuan menakjubkan apabila mudah menyingkir Selangor pada suku akhir dan mengecewakan Kedah pada separuh akhir.

“Namun, apa yang kami harapkan ialah agar pemain mengekalkan momentum dalam pertemuan menentang skuad Hoben Jang Hoben Sabtu ini,” katanya selepas mengadakan solat hajat bersama pemain skuad Kelantan di rumahnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...