Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 28, 2010

Khairul mahu bukti terbaik (Utusan Malaysia Online)


Khairul Fahmi Che Mat menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu ini. - UTUSAN/Zulhanifa Sidek


KOTA BHARU - Sebelum ini nama Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan 'Apek' tidak langsung tersenarai sebagai pemain yang diminati oleh penyokong setia The Red Warriors.

Rata-rata mereka lebih mengenali nama Syed Adney Syed Hussin dan pemain veteran, Halim Napi diberi tugas mengawasi gawang Kelantan berbanding Khairul yang dilihat masih mentah dengan pengalaman.

Memiliki susuk tubuh yang kecil dengan ketinggian sederhana, ramai yang tidak mengetahui bahawa anak muda berusia 21 tahun dari Kampung Cherang di sini, pernah merantau untuk menimba pengalaman dengan beberapa pasukan lain seperti PKNS (2007) dan Harimau Muda (2008).

Bakatnya mula terserlah selepas dipilih sebagai penjaga gol utama skuad negara ketika menyertai Kejohanan Juara Kelab Belia yang berlangsung di Sarawak pada 2007.

Selepas merantau menimba ilmu pada 2008, Khairul Fahmi akhirnya pulang kepangkuan pasukan negeri kelahirannya, Kelantan ketika The Red Warriors menghadapi saingan Piala Malaysia tetapi langkah 'Sang Kijang' tidak panjang ketika itu.

Musim 2009 menyaksikan Khairul Fahmi hanya diletakkan sebagai penjaga gol ketiga di belakang Shahrizan Ismail dan Halim Napi, malah dia kerap diturunkan mewakili pasukan Piala Presiden.

Melihat persaingan yang cukup sengit untuk merebut posisi tersebut daripada dua pemain senior termasuk Halim yang sudah dianggap legenda, Khairul Fahmi pernah terfikir untuk meninggalkan Kelantan mencari pasukan baru.

Menurut Khairul, atas nasihat rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman, hasrat itu terpaksa dikuburkan.

Pada masa yang sama dia tidak pernah jemu memperbaiki persembahan untuk 'memikat' ketua jurulatih B. Sathianathan bagi posisi utama.

Dalam pertemuannya dengan Utusan Malaysia di sini, semalam anak muda yang tidak kenal erti putus asa ini berjanji mempamer persembahan terbaik.

"Musim ini saya diletakkan sebagai penjaga gol kedua di belakang Syed Adney selepas Shahrizan digugurkan. Aksi pertama saya bersama pasukan ketika Kelantan bertemu T-Team di Kuala Terengganu pada 6 Mac lalu.

"Saya diturunkan kerana Syed Adney mengalami sedikit kecederaan dan tidak dapat beraksi. Walaupun tugas penjaga gol sangat berat kerana penyokong sentiasa mahukan kemenangan, namun itu bukan alasan saya menarik diri" jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...