Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 23, 2010

Khairul idam final pertama (Harian Metro Online)

Oleh Rizar Mohd Noor

PEMAIN tengah Johor FC, Mohd Khairul Ismail ingin memastikan penampilan pertama bersama kelab dari selatan tanah air memburu tempat ke final Piala Malaysia menjadi kenyataan berdepan Negeri Sembilan dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium JCorp, Pasir Gudang, malam ini.

Pengalaman beraksi di pentas final piala berprestij itu ketika Kedah meminjamnya dari Johor musim 2004 nyata digunakan sepenuhnya apabila sekali lagi berdepan tugas rumit untuk mengekang gerakan lawan selain mengatur strategi di posisi tengah bagi memastikan impian skuad bergelar Lebah melakar sejarah layak ke final buat pertama kali menjadi kenyataan.


Berbekalkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan, Khairul berharap corak permainannya kembali berkesan.

“Pada perlawanan di Paroi, pergerakan saya amat terbatas akibat kecederaan dan saya amat tidak selesa malah tidak mampu untuk beri 100 peratus sebaliknya hanya beraksi dengan berhati-hati bagi mengelak kecederaan lebih serius.

“Latihan ringan yang dilakukan kelmarin tiada lagi rasa kesakitan dan ia beri keyakinan kepada saya untuk memperkemaskan lagi corak permainan,” katanya.

Bekas kapten Johor itu juga berpendapat kehadiran semula Idris Karim dalam kesebelasan utama Negeri Sembilan perlu diawasi memandangkan pemain itu memiliki helah tersendiri yang sukar untuk dibendung pergerakkannya.

Katanya, Idris yang pernah beraksi bersamanya ketika musim 2000 amat berbahaya bukan sahaja bijak mengawal barisan tengah sebaliknya kerap menyusup masuk untuk mencipta jaringan dan berharap benteng pertahanan skuad Lebah tidak leka dengan kelicikan bekas pemain Johor itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...