Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, October 9, 2010

Khairul Fahmi Che Mat


Khairul Fahmi Che Mat - Gambar Utusan Online

Nama : Khairul Fahmi Che Mat

Tarikh Lahir : 7 Januari 1989

Tempat Lahir : Kota Bharu, Kelantan

Tinggi : 1.72 m

Sukan : Bola Sepak

Posisi : Penjaga Gol (Keeper)

Laman Facebook Khairul Fahmi : [[KLIK SINI]]


______________________

Khairul idam jadi penjaga gol No. 1 (Utusan Malaysia)


KHAIRUL FAHMI CHE MAT


KUALA LUMPUR - Pada permulaan musim Liga Super, Khairul Fahmi Che Mat mungkin tidak sepopular dua lagi penjaga gol Kelantan, Halim Napi dan Syed Adney Syed Hussein.

Namun, sebaik sahaja tirai liga sudah hampir tiba ke babak penghujung, namanya kini menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong fanatik skuad Red Warriors selepas berjaya merampas kedudukan sebagai penjaga No. 1 Kelantan.

Dilahirkan pada 7 Januari 1989, Khairul yang baru berusia 21 tahun dilihat antara bakat muda yang akan menjadi taruhan utama skuad kebangsaan pada masa hadapan.

Mungkin jika rezekinya, Khairul dijangka berada di dalam kesebelasan utama pada Sukan Asia di Guangzhou kerana dua penjaga gol lain, Mohd. Sharbinee Allawee dan Mohd. Farizal Marlias sudah melepasi had umur 23 tahun.

Menurut anak jati Kota Bharu ini, dia menganggap 2010 seolah-olah tahun tuah baginya kerana dapat menjadi penjaga gol No. 1 Kelantan dan dipanggil menyertai pasukan Malaysia.

''Segalanya berjalan dengan cukup baik buat saya pada tahun ini, daripada sekadar diletakkan sebagai penjaga gol ketiga, saya kini adalah pilihan utama jurulatih Kelantan, B. Sathianathan.

''Selepas itu, dipanggil pula oleh K. Rajagobal menyertai skuad kebangsaan dan saya anggap ia seolah-olah mimpi menjadi kenyataan kerana segalanya bergerak terlalu pantas.

''Kini, impian saya adalah mahu menjadi penjaga gol satu negara pada masa hadapan,'' katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara itu terletak dalam perancangan Rajagobal dan dia hanya memberikan yang terbaik dalam sesi latihan atau perlawanan jika diturunkan pada mana-mana perlawanan persahabatan.

''Prinsip saya, jika seseorang memberikan kepercayaan, saya akan membalasnya dengan menampilkan persembahan yang baik dan itu saya telah lakukan ketika bersama Kelantan.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, Khairul pernah mendapat asuhan Rajagobal ketika beraksi bersama skuad Harimau Muda sebelum menyertai PKNS dan ke Kelantan pada penghujung tahun 2008.

Jauh di sudut hatinya, dia mengakui masih banyak perlu dipelajari dan tidak mahu berasa cepat lupa diri.

''Pengalaman saya bermain di peringkat tertinggi masih kurang dan jika mahu hendak berjaya, saya harus belajar dari satu peringkat ke satu peringkat,'' katanya.



1 comment:

  1. khairul fahmi lagi..tetibe plak glamour mamat nih..sampai nora danish pon minat..hahaha

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...